SEJARAH KAMPUNG
KAMPUNG
BARU SERI AMAN ADALAH SEBUAH KAMPUNG PENEMPATAN SEMULA DIKAWASAN PADANG RAGUT
DIBAWAH RANGKAIAN JKKK KG MAJU MAJU
JAYA, MUKIM TEBRAU, DAERAH JOHOR BAHRU , DUN PUTERI WANGSA DAN PARLIMEN TEBRAU,
KELUASAN TANAH 68.7 EKAR YANG LENGKAP
DENGAN AIR, API, TELEFON DAN JALAN TAR. DAHULUNYA KG . BARU SERI AMAN ( KG
SETINGAN) YANG TERLETAK DI TEPI LEBUH RAYA
ANTARA TAMAN PERLING KE PASIR GUDANG YANG TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN
1982. APABILA PROJEK LEBUHRAYA UTARA SELATAN DIADAKAN PADA TAHUN 1982. APABILA
PROJEK LEBUHRAYA UTARA-SELATAN DIADAKAN KAMPUNG KAMI TELAH TERLIBAT DENGAN
PROJEK TERSEBUT. PIHAK KAMI, PLUS DAN KERAJAAN JOHOR TELAH SEPAKAT UNTUK
MENEMPATKAN PENDUDUK KAMPUNG DENGAN PEMBERIAN TANAH 50 KAKI X 100 KAKI
SEKELUARGA DAN JUMLAH KELUARGA YANG TERLIBAT SERAMAI 152 KELUARGA PADA TAHUN 1992
PENDUDUK MULA DIPINDAHKAN DAN PADA TAHUN 1998 KERAJAAN JOHOR TELAH MENGURNIAKAN
GERAN HAK MILIK KEKAL MELALUI MENTERI BESAR JOHOR PADA MASA ITU. PENDUDUK
KAMPUNG TERDIRI DARIPADA KETURUNAN MELAYU, JAWA, KELANTAN, DAN KEDAH. KAMPUNG
INI TERLETAK 30 KM DARI BANDARAYA JOHOR BAHRU. SETERUSNYA PADA TAHUN 2006
DINAIK TARAF SEBAGAI KAMPUNG INDUK TEDIRI DARI KG,RTP. SINARAN BARU. TAWAKAL
DAN TAMAN IMPIAN JAYA.
No comments:
Post a Comment